Tuesday, December 16, 2008

Takaful IKHLAS – Syarikat takaful/insurans pertama menerima Sijil MS1900:2005

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2008 – Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS)
mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai penerima Sijil MS1900:2005
di kalangan syarikat pengendali takaful dan insurans di Malaysia secara
rasminya pada hari ini.

Syarikat pengendali Takaful yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelima
penubuhannya pada 14 Oktober 2008 yang lalu diberi pengiktirafan tersebut
oleh SIRIM QAS International bagi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif
Islam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed
Kamarulzaman memberitahu, pengiktirafan yang diberikan oleh SIRIM QAS
International pada 15 Ogos 2008 itu merupakan salah satu kejayaan terbesar
syarikat selepas menerima pengiktirafan ISO9001:2000 bagi proses berkaitan
dengan Pengurusan Takaful Berkelompok pada tahun sebelumnya.

“Menjadi penerima sijil ini merupakan satu penghormatan besar buat Takaful
IKHLAS kerana jika dibandingkan dengan syarikat pengendali takaful dan
insurans yang ada di negara ini, kami masih baru,” ujar beliau selepas menerima
sijil tersebut dalam Majlis ‘Idulfitri Bersama Takaful IKHLAS dan Penyerahan Sijil
MS1900:2005 di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay , Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Pengarah Urusan SIRIM QAS International
Sdn. Bhd., Yang Berbahagia Dato’ Mariani Mohammad dan lebih seribu
jemputan yang terdiri daripada rakan-rakan korporat, pelanggan-pelanggan,
para wakil dan kakitangan Takaful IKHLAS.

Syed Moheeb berkata, penganugerahan Sijil MS1900:2005 yang dinilai
menerusi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam itu dilihat sebagai
salah satu inisiatif yang sejajar dengan visi dan misi Takaful IKHLAS, yang amat
mementingkan aspek Syariah dan kualiti dalam pengurusan seharian.
Mengulas lanjut mengenai penglibatan Takaful IKHLAS dalam program perintis
MS1900:2005 ini Syed Moheeb memberitahu, Takaful IKHLAS bersama-sama
dengan beberapa syarikat yang lain pada awalnya telah dipelawa oleh SIRIM
QAS International untuk mengikuti program perintis ini. Ujar beliau lagi, hasil
usaha tanpa henti Takaful IKHLAS selama ini telah membawa kejayaan kepada
syarikat itu untuk menjadi penerima pertama sijil tersebut.

Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings
Berhad (MNRB) memulakan operasinya pada bulan Julai 2003. MNRB telah
dicatatkan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad di mana pemegang
saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad menerusi Skim
Amanah Saham Bumiputera.

Setelah hampir 6 tahun beroperasi, Takaful IKHLAS telah mempunyai rangkaian
pengedaran yang luas termasuk ejen-ejen di seluruh semenanjung Malaysia
termasuk dibandar-bandar kecil. Ini termasuk di Kuala Lumpur, Kota Bharu,
Sungai Petani, Johor Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka, Kuantan, Ipoh dan
Putrajaya.
Takaful IKHLAS – Syarikat takaful/insurans pertama menerima Sijil MS1900:2005

Sunday, October 12, 2008

Majlis Fatwa Mengenai Insurans Nyawa.

Mengikut keputusan majlis fatwa kebangsaan disebut insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip jual beli dalam Islam;


a. mengandungi gharar (ketidaktentuan)

b. mengandungi unsur judi.

c. mengandungi muamalah riba


Secara puratanya kebanyakan ulama tidak menyetujui konsep insurans nyawa hari ini kerana terdapat unsur perjudian, ketidaktahuan dan ketidaktentuan dalam kontrak tersebut.


Sistem takaful telah dibincangkan secara intensif oleh para ulama mutakhir dalam mencari penyelesaian terhadap produk atau muamalah yang boleh menangani atau mengurangi kesulitan individu apabila berlaku kecelakaan.


Ia diimplimentasi pada hari ini dan sewajarnya menjadi pilihan untuk menghadapi risiko pada masa akan datang. Syarikat-syarikat Takaful yang menawarkan produk ini mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga memaksa institusi lain (insurans konvensional) menerbit dan melancarkan produk takaful mereka walaupun mungkin sebahagiannya tidak mendapat pengiktirafan daripada Badan Penasihat Syariah yang berautoriti.


Oleh kerana itu, setiap pelanggan perlu bertanya secara mendalam tentang maklumat produk khususnya berkaitan sijil pengiktirafan syariah daripada badan yang berautoriti, contohnya Bank Negara Malaysia. Pastikan kita meminta untuk melihat sijil ini kerana sebahagian agen sendiri mungkin agak keliru terhadap sistem insurans nyawa konvensional dengan takaful.

Istilah Takaful

Makna Takaful



Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.


  • Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
  • Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".


Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.


  • Menjaga kebajikan sosial
  • Mewujudkan keharmonian sosial
  • Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful


Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)

Akad yang dipersetujui

  • Tiada unsur riba]
  • Tiada unsur maisir (judi)
  • Tiada unsur gharar

Konsep Tabarru'


Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.



  • Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
  • Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
  • Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
  • Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
  • Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
  • Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
  • Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Nasional bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
  • Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
  • Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
  • Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.

Prinsip Al Wakalah dalam Takaful Ikhlas

Al-Wakalah – Konsep dan aplikasi dalam Operasi Takaful



Perkataan al-Wakalah ialah di ambil daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud perwakilan. Amalan al-wakalah ini pada hakikatnya adalah merupakan amalan yang diharuskan oleh Syara’ kerana keperluannya yang cukup diperlukan untuk mencapai suatu matlamat. Sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang tidak sunyi daripada kelemahan kerana manusia tidak dibekalkan dengan kesempurnaan.

Ini telah diwarwarkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah an-Nisa’, ayat 28 dengan maksudnya:

"…manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."

Justeru, Islam mengharuskan prinsip al-Wakalah untuk dilaksanakan dengan syarat ianya tidak lari daripada perundangan Islam. Pengharusan ini bersumberkan kepada sumber-sumber berikut:

1. Berdasarkan kisah Ashabul Kahfi sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran:


"…sekarang utuslah (wakilkanlah) salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya" (Maksud Surah al-Kahfi:19)



2. Di dalam as-Sunnah pula diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah mewakilkan ’Urwah al-Bariqi supaya membeli kambing untuk korban. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud, at-Tarmizi, Ibn Majah dan al-Daruqutni iaitu daripada ’Urwah sendiri).


Amalan al-Wakalah sebagaimana yang diamalkan oleh segelintir pengendali Takaful di Malaysia adalah sangat-sangat diperlukan bagi memasarkan produk-produk insurans yang berteraskan Islam kepada masyarakat. Tugas ini sangat diperlukan oleh pengendali Takaful bagi merancakkan dan memeriahkan lagi penyebaran produk-produk yang berteraskan prinsip Islam.


Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) umpamanya, menggunakan model yang diberi nama al-Wakalah sebagai asas induk kepada sistem operasinya. Prinsip al-Wakalah yang dilaksanakan oleh Takaful IKHLAS bagi menjalankan operasinya ialah di mana Takaful IKHLAS sebagai wakil kepada para peserta bertanggungjawab untuk menguruskan segala dana yang telah diwujudkan dengan penuh amanah, telus dan professional. Bagi tujuan tersebut, Takaful IKHLAS mengenakan caj pengurusan dan prestasi berasaskan kepada prinsip perwakilan yang dibayar upah (al-Wakalah bi al-ujrah).


Takaful IKHLAS juga melantik wakil-wakil bagi menjadi wakil sebagai perantara dalam memasarkan produk-produk syarikat dengan dibayar upah. Aqad diantara para wakil dan Takaful IKHLAS adalah berasaskan aqad al-wakalah. Konsep ini sejajar dengan prinsip Islam sebagaimana amalan Rasulullah s.a.w. yang pernah mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan Baginda s.a.w. memberi upah kepada mereka (al-Talkhis al-habir, Jil. 1, hlm. 176, 251, 271).


Di dalam prinsip Islam, apabila dilaksanakan kontrak wakil dengan bayaran upah, maka kontrak itu adalah sah dan mengikat. Ini bererti semua pihak bertanggunjawab melaksanakan semua perkara yang dipersetujui di dalam aqad tersebut.


Perbincangan tentang kontrak perwakilan didalam Islam semestinya dikaitkan dengan empat sifat utama, Siddiq (Jujur), Amanah, Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana). Keempat-empat sifat ini mestilah ditanam, dijiwai dan diterjemahkan dalam urusan perwakilan oleh setiap wakil demi mencapai kehidupan yang berkualiti di dunia dan akhirat.


Kesimpulannya, konsep perwakilan sebagaimana yang diamalkan oleh beberapa pengendali Takaful adalah peluang pekerjaan dan salah satu daripada punca pendapatan. Para wakil juga berpeluang melaksanakan tanggungjawabsebagai seorang da’ie yang mengajak masyarakat membantu antara satu sama lain, melakukan tabarru’ serta membangungkan sistem muamalat Islam yang merupakan suatu tuntutan agama keatas setiap muslim. Hasilnya di dunia mereka memperolehi pendapatan untuk keperluan hidup dan di akhirat mereka mendapat ganjaran sebagai bekalan dihadapan Allah s.w.t.

Thursday, September 18, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Monday, August 18, 2008

Pengeluaran Akaun 2 bagi pembelian Insurance

Di sini di maklumkan bahawa pihak KWSP masih lagi dalam perbincangan mengenai Pengeluaran akaun dua bagi pembelian insurance untuk diri sendiri dan keluarga. Ia akan di umumkan melalui media massa oleh pihak KWSP bila ianya akan berkuat kuasa.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

Hafizi 0172361609
Wakil Takaful Ikhlas Anda.

ym: haf_easy@yahoo.com
gtalk: hafeasy@gmail.com

Monday, April 28, 2008

Pelan Pendidikan Anak-anak Takaful Ikhlas Klasik (IET Classic)

Ini merupakan pelan pendidikan tinggi anak yang berbentuk pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kewangan kepada anak yang menyertainya apabila ditimpa sebarang musibah atau dugaan dari Allah s.w.t di sepanjang tempoh penyertaan tersebut.

IET CLASSIC MENAWARKAN MANFAAT SEPERTI BERIKUT:


1 MANFAAT TEMPOH MATANG:


Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta (anak) akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi (Participant Investment Account) serta lebihan dari Dana Risiko (Risk Fund) melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni (Ta'awuni Account Pool). Selepas dari itu sijil tersebut akan ditamatkan.

2 MANFAAT KEMATIAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL- UNTUK ANAK


Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal terhadap peserta (anak) sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan yang diambil berserta jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi dan juga lebihan dari Dana Risiko akan dibayar kepada peserta atau waris peserta atau keluarga terdekat. Selepas dari itu sijil tersebut akan ditamatkan.

3 MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL (40 JENIS PENYAKIT)- UNTUK ANAK


Apabila peserta (anak) disahkan mengidap salah satu daripada 40 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan didalam sijil, peserta akan dibayar jumlah perlindungan penyakit kritikal tersebut sekaligus (100%). Selepas pembayaran manfaat itu, sijil tersebut masih lagi berkuat-kuasa sehingga tempoh matang sijil dan manfaat-manfaat lain tidak akan terjejas dengan tuntutan yang telah dibuat itu.

4 MANFAAT PENGECUALIAN SUMBANGAN AKAN DATANG (ciri paling istimewa)


Sekiranya pembayar (pemilik sijil dan bukannya anak) disahkan mengidap salah satu dari 40 jenis penyakti kritikal yang disenaraikan didalam sijil atau hilang upaya penuh atau meninggal dunia sebelum tempoh sijil matang, kesemua sumbangan masa depan atau akan datang (sumbangan pelan asas dan juga termasuk semua sumbangan manfaat tambahan yang disertakan), dikecualikan sehingga tempoh matang sijil. Ini bermakna pembayar (pemilik sijil) tidak lagi perlu meneruskan bayaran atau sumbangan bulanan untuk pelan pendidikan ini sehingga tempoh matang sijil.

Apabila tempoh sijil matang, peserta (anak) akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi (Participant Investment Account) serta lebihan dari Dana Risiko ( Risk Fund) melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni (Ta'awuni Account Pool). Selepas dari itu, sijil tersebut akan ditamatkan.

5 MANFAAT HILANG UPAYA SEPARA AKIBAT KEMALANGAN- UNTUK ANAK


Andaikata peserta (anak) mengalami hilang upaya separa akibat kemalangan (contoh putus tangan sebelah, putus ibu jari kaki kiri dan sebagainya), manfaat hilang upaya separa akibat kemalangan akan dibayar berdasarkan tahap kecederaan sepertimana termaktub didalam jadual pampasan didalam sijil.

6 MANFAAT ELAUN HARIAN HOSPITAL- UNTUK ANAK


Sekiranya peserta (anak) dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 jam, maka peserta akan dibayar manfaat elaun harian hospital untuk satu hari kemasukan bermula dari hari pertama dan jumlah maksima bilangan hari manfaat hospital ini adalah terhad kepada 365 hari sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa.

7 MANFAAT PERBELANJAAN PENGKEBUMIAN- UNTUK ANAK


Apabila berlakunya kematian kepada peserta (anak), manfaat ini akan dibayar kepada penuntut yang berhak, pentadbir atau wasi dalam tempoh 24 jam setelah dibuktikan dengan sijil kematian ataupun permiy pengebumian yang disahkan.

8 PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI


Pengeluaran sebahagian wang tunai boleh dilakukan sebanyak 50% daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA)
setelah sijil berkuatkuasa sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) kali pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepangjang tempoh sijil, dengan jarak minimum diantara pengeluaran ialah dua (2) tahun.

9 ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG


Anak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua mata pelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minima 7A) dan SPM/STPM (minimum 7A).

10 PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN DARI LHDN


Pelepasan dari cukai pendapatan diberikan oleh LHDN sehingga RM3,000 setahun.


Tuesday, April 22, 2008

Usahasama Muslim Aid Asia dengan Agent FG65644 Takaful Ikhlas

PAKEJ PERTAMA

Setiap peserta yang memasuki mana- mana Pelan Insurance Syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd dengan bayaran sebanyak RM150.00 sebulan akan melayakkan mereka untuk menyumbang kepada Muslim Aid Asia sekali dalam seumur hidup dalam bentuk:-

“Bekalan vitamin A untuk 10 orang kanak-kanak dengan harga RM 30.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Atau

“Bekalan Kelambu bagi mencegah malaria dengan harga RM30.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Atau

“Bekalan campuran anak benih Sayur-sayuran dengan harga RM30.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.


PAKEJ KEDUA

Setiap peserta yang memasuki mana- mana Pelan Insurance Syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd dengan bayaran sebanyak RM 200.00 sebulan akan melayakkan mereka untuk menyumbang kepada Muslim Aid Asia sekali dalam seumur hidup dalam bentuk:-

“Bekalan vitamin A untuk 10 orang kanak-kanak dengan harga RM 30.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Dan

“ Bekalan Kelambu bagi mencegah malaria dengan harga RM30.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Atau

“Bekalan Kelambu bagi mencegah malaria dengan harga RM30.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Dan

“Bekalan campuran anak benih Sayur-sayuran dengan harga RM30.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Atau

“Bekalan vitamin A untuk 10 orang kanak-kanak dengan harga RM 30.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Dan

“Bekalan campuran anak benih Sayur-sayuran dengan harga RM30.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.


PAKEJ KETIGA

Setiap peserta yang memasuki mana- mana Pelan Insurance Syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd dengan bayaran sebanyak RM 250.00 sebulan akan melayakkan mereka untuk menyumbang kepada Muslim Aid Asia sekali dalam seumur hidup dalam bentuk:-

“Bungkusan Makanan Individu dengan harga RM 100.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Atau

“Pek Perubatan Individu dengan harga RM 100.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Atau

“Satu suntikan untuk seorang kanak-kanak dengan harga RM 100.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.

Atau

“Kit Persekolahan (uniform dan beg) dengan harga RM 100.00” melalui potongan komisyen dari pihak agen FG65644 Takaful Ikhlas.


Sunday, April 20, 2008

MEDICAL CARD TAKAFUL IKHLAS

















MENGAPA IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL?

Tiada Ko-Takaful
Berbandingan dengan kad-kad perubatan lain di Malaysia, IMAT tidak membebankan Anda dengan bebanan bayaran ko-takaful (pembayaran ditanggung bersama oleh peserta) sekiranya anda menggunakan manfaat yang ada pada kad anda. Ini menjadikan IMAT sebagai satu-satunya Medical Card Takaful yang tiada Ko-Takaful.

Sumbangan Terendah Di Malaysia
IMAT merupakan Kad Perubatan yang paling rendah harganya di pasaran. Ini membolehkan golongan-golongan yang berpendapatan rendah memilikinya.

Kad Bantuan Kemasukan Hospital (HA)
Bagi panel hospital yang diluluskan รข€“ untuk kemudahan tuntutan

Perlindungan Komprehensif
Perlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan yang akan dibayar mengikut caj yang berpatutan dan diterima umum di lokasi di mana anda menerima rawatan.

Jaminan Pembaharuan Sehingga Umur 70 Tahun
Sijil diperbaharui di atas keputusan peserta. Pihak Takaful IKHLAS tidak boleh menolak pembaharuan sijil dan tidak boleh menambah pengecualian di dalam sijil pada masa pembaharuan. Akan tetapi, sijil ini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut Syarat Penarik Balik Portfolio.

Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya
Selain daripada Had Tahunan Keseluruhan dan Had Jangka Hayat, tiada had lain yang dikenakan ke atas jumlah tuntutan untuk setiap hilang upaya.

Kadar Sumbangan Uniseks
Sumbangan takaful dikira mengikut umur dan tidak ada perbezaan di antara sumbangan untuk lelaki dan wanita.

Sumbangan Yang Dikenakan
Permohonan adalah berdasarkan umur pada harijadi akan datang dan dicarum setiap tahun pada kadr yang ditentukan semasa pembaharuan. Sumbangan tambahan dicaj kepada orang yang kurang sihat. Sumbangan tidak dijamin dan tertakluk kepada perubahan serta dipantau sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Permohonan Yang Mudah
Permohonan adalah sangat mudah. Sesiapa yang berumur di antara 19-60 layak memohon. Sijil ini boleh dilanjut kepada anak-anak tanggungan anda yang berumur dari 30 hari hingga 19 tahun (sehingga umur 23 tahun jika pelajar sepenuh masa)

BAGAIMANA PROSES CLAIM?




Thursday, April 17, 2008

Tips-tips memilih Takaful Keluarga

TIPS-TIPS MEMILIH PELAN TAKAFUL KELUARGA :

1)Kriteria Ejen :
a. Adakah ejen itu berdaftar atau tidak? - Kalau boleh, minta ejen menunjukkan Authority Card yang diluluskan oleh Bank Negara.
b. Minta Business Card Ejen tersebut dan tengok no.telefon ofis ada ke tak. Kebiasaan ejen yang tidak berdaftar akan meletakkan no.telefon bimbit sahaja.
p/s : nasihat kepada ejen, dalam bisnes kad jangan lupa letak no.telefon ofis/agensi.

2) BAGAIMANAKAH 2 MANFAAT INI DIBAYAR?

a. HILANG UPAYA KEKAL
b. PENYAKIT KRITIKAL

Pengguna kena tanya camner 2 manfaat ini dibayar. sesetengah kompeni bayar sekaligus, sesetengah kompeni bayar sket-sket secara peratusan mengikut bulanan atau tahunan.

trivia : Takaful IKHLAS bayar kedua-dua manfaat ini sekaligus, bukan sket-sket secara bulanan atau tahunan.

3) PERBEZAAN MANFAAT PENGHOSPITALAN

a. ELAUN HARIAN HOSPITAL
b. KAD PERUBATAN

yang ni pengguna juga kena alert dan ambil tahu mengenai perbezaan kedua-dua manfaat tersebut. ada sesetengah ejen yang tidak bertanggungjawab memberitahu bahawa Elaun Harian Hospital juga menanggung bil-bil perubatan Hospital. ini adalah pernyataan yang salah.

so, Elaun Harian Hospital adalah bayaran Elaun mengikut kadar harian yang tetap mengikut apa yang termaktub di dalam polisi peserta, berdasarkan jumlah hari peserta diwadkan.

Pengguna juga kena bertanya, berapakah jumlah minima harian yang diperlukan untuk claim? kena dok 1 hari ke, atau 2 hari ke, atau 3-4 hari baru boleh claim? yang ni pengguna kena alert.

trivia : Takaful IKHLAS sudah boleh claim walaupun satu hari - minima 6 jam sehari

Manakala Kad Perubatan satu perkhidmatan menguruskan bil-bil perubatan hospital swasta

Pengguna juga dinasihatkan bertanya mengenai Ko-Takaful dan perbezaan setiap kompeni Takaful mengenai pembayaran ko-Takaful. ada yang mengenakan ko-Takaful ada yang tidak mengenakan ko-Takaful. pengguna kena alert bahagian nie.

trivia : Medical Card Takaful IKHLAS merupakan satu-satunya Medical Card yang tiada Ko-Takaful :)

4) PAMPASAN KEHILANGAN ANGGOTA BADAN AKIBAT KEMALANGAN

Yang ni pengguna kena berhati-hati sebab kebanyakan syarikat Insurans / Takaful tidak memberitahu secara detail. sesetengah kompeni tidak membayar pampasan walaupun peserta telah pun kehilangan anggota badan disebabkan tidak faham maklumat atau ejen tidak menyampaikan dengan betul.

contohhnya kita ambil kes jari putus. berapakah had jari putus untuk claim? sesetengah kompeni insurans / takaful meletakkan syarat macam ni:

1) kalau putus 1 ruas jari tidak boleh claim, mesti putus sebatang jari baru boleh claim. atau,

2) putus 1 jari tidak boleh claim lagi, mesti putus sekurang-kurangnya 2 or 3 jari. atau,

3) wajib putus IBU JARI walaupun putus jari-jari yang lain.

jadi, yang ni kena tanya bebetul kat ejen. kalau boleh minta JADUAL IMDEMNITI untuk manfaat ini.

trivia : kat Takaful IKHLAS, putus ruas jer sudah boleh claim :)

5) PROSES TUNTUTAN @ CLAIM

Part ni paling penting. Pengguna mesti tanya camner prosedur claim dan kalau boleh minta bukti-bukti claim. ejen seboleh-boleh diwajibkan membawa dokumen-dokumen claim sebagai bukti yang jelas untuk ditunjukkan kepada pengguna.

soalan yang biasa ditanya mengenai proses claim:

1) berapa lama tempoh claim untuk kematian? hilang upaya kekal dan penyakit kritikal?

2) camner proses claim untuk medical card?

3) adakah bayaran perlu dibuat semasa buat claim?

4) siapakah yang akan menguruskan claim?